Penggila Futsal.
Errmm…Sebelum cuti tahun baru cina,saya sempat meluangkan masa untuk bersama rakan-rakan sekerja.Topik berkenaan futsal menjadi bahan utama.
Saya bukanlah pemain Futsal yang bagus.Erkk…ada ke yang tak tahu apa maknanya futsal?
Secara mudah futsal adalah bola sepak yang di mainkan di dalam bangunan (indoor),menggunakan padang karpet atau parkir.keluasan padang yang lebih kecil dan mempunyai jaring di sekeliling padang.Bola yang digunakan lebih kecil & berat.Pemain seramai 5 orang semasa permainan berlangsung.Cukup ya,nak lebih detail boleh layari wikipedia.
Topik utama bahan cerita berkisar pada perlawanan terakhir.Sebab dah lama tak berlatih,team kita orang kena belasah dengan hormatnya.
Tak ingat keputusan,biasalah kalau main futsal memang tiada siapa nak kira point jika gol dah berbakul-bakul.
Cerita makin panas apabila masing-masing cuba menyalahkan antara satu sama lain.Hehehee…kalau kalah memang tak boleh terima,menang senyum sampai ke telinga.
Memang ada di antara rakan sekerja saya yang boleh di kategorikan sebagai penggila futsal.Seminggu 3-4 kali main futsal & hujung minggu pula terlibat dengan perlawanan.Memang gila futsal lah!
Apa yang menarik tentang penggila futsal seorang ni,beliau sanggup menghabiskan wang ringgit semata-mata untuk futsal.(kos untuk bermain futsal agak tinggi di mana untuk 1 jam=Rm 100)Bermakna si penggila futsal ini memerlukan Rm 10 untuk sekali permainan.
Jika di hitung seminggu 3 kali bermain termasuk perlawanan,penggila futsal ini memerlukan Rm 120 hanya untuk bermain futsal & bersukan.Tidak termasuk kos pengangkutan & minuman.
Wah…!!!Satu jumlah yang agak besar untuk beriadah.
Fakta menarik Si Penggila Futsal.
1.Tahap kesihatan yang baik & mutu permainan yang semakin memberangsangkan.Â
2..Mendapat ramai kenalan.Sekurang-kurang 8 orang setiap kali bermain dengan pasukan yang lain.(Ye la,main bagus ramai la nak import.)
3.Melabur Rm 120 & mendapat kembali sekurang-kurangnya Rm 100 dengan memenangi perlawanan futsal.(kalah pun ada ramai kenalan yang boleh di jadikan sumber rangkaian perniagaan.)
Serba sedikit,menjadi penggila membuatkan kita tidak rugi di mana kita puas dengan apa yang kita lakukan.Malah banyak kebaikan di mana kita menjadi lebih pakar dalam kegilaan itu.
Bayangkan seorang pengurus restoren yang baru mengenali penggila futsal ini menjemput ke kedai untuk makan percuma & hanya untuk berbincang berkenaan perlawanan yang akan datang.
Untung Penggila futsal tu yer…kalau kenal tauke besar,fikir-fikir lah sendiri nak jadi penggila apa?
 Â









