Pertanyaan berkenaan penipuan.
Sebagai pengguna internet baru yang tidak berlatar belakangkan IT,sering kali anda mempunyai pelbagai kemusykilan berkenaan sesuatu perkara.Terutama berkenaan jaminan di atas pembelian sesuatu barangan.Di tambah dengan pelbagai penipuan-penipuan yang tidak anda jangkakan sama sekali.
Sehingga ke hari ini masih ada soalan di akhbar bertanya berkenaan cabutan loteri yang di hantar ke e-mail peribadi.
Adakah ini salah satu bentuk penipuan?
Maka terpaksalah si pakar IT yang menjadi tamu jemputan di akhbar menjawab soalan tersebut.
Ringkasnya,tanyalah diri anda sendiri dahulu.
1.Adakah aku pernah menyertai cabutan loteri tersebut?
2.Kenapa loteri daripada negara luar memberi kemenangan tiket loteri untuk aku,rakyat diorang tak menang ke?
Ada seribu satu soalan lagi yang perlu anda tanya kepada diri anda berkenaan sesuatu perkara?
Silap-silap lebih anda bertanya, lebih anda tertipu.(sekiranya anda bertanya pada individu yang juga bertujuan menipu & ada juga yang tidak menyedari dia sedang menipu.-skim cepat kaya.)
Oh…ya mengenai jaminan pembelian di internet,setakat ini saya tidak pernah menghadapi masalah dengan penjual baik pembelian e-buku,perisian atau pun produk fizikal.
Sedikit tips untuk anda yang ingin membuat pembelian di internet.
1.Sekiranya anda membeli di e-bay,beli hanya pada penjual yang mempunyai ikon power seller.(Ini tips untuk anda yang memang tidak mahu menanggung sebarang risiko.)
2.Untuk pembelian daripada laman web perseorangan,biasanya anda boleh membuat kajian berkenaan produk yang di tawarkan di forum.Pembeli yang lain biasanya akan memberi kredit kepada penjual di atas keberkesanan produk yang mereka jual.
Sekian…
P/S-Post hari ini bertujuan membuka mata para pengguna internet yang baru dalam menangani sebarang tawaran atau durian runtuh yang di hantar oleh sendikit terancang ke e-mail anda secara spam.(e-mail yang tidak anda minta.)









