Pulangkan Savvy kamu buat sementara.
Langkah mengumumkan panggilan semula 34,000 proton savvy untuk dibaik pulih semula merupakan satu langkah yang telus demi pasaran berterusan.Pastinya berita itu menyenangkan hati para pemilik kenderaan tersebut.
Buat pemilik Savvy,kenal pasti adakah kenderaan anda termasuk dalam senarai 34,000 tersebut dan dapatkan maklumat untuk proses selanjutnya dengan menelefon Proton i-Care di talian 1-300-880-888.
Nampak seakan membuka pekung didada kerana Savvy didakwa antara keluaran terbaik proton untuk pasaran.Langkah pengumuman ini lebih menjurus ke arah ketulusan pihak proton dalam meneruskan usaha memberikan yang terbaik untuk pelanggan & bakal pelanggan.
Maka,bolak-balik yang biasa didengar dan dibaca berkenaan rungutan pemilik kenderaan nasional tidak akan kedengaran hanya disebabkan mengakui dan bertanggungjawab di atas kesilapan.
Promosi masih boleh terus…
Jualan masih boleh dilakukan…
Proton boleh terus gah dengan bergaya.
Ini baru anak jantan!









