Sandiwara syawal menjelang tiba.
Antara sedar atau tidak,syawal bakal menjelma buat kali ke berapa pun aku tidak tahu.(Kalau kau rajin untuk memanjangkan akal buat seketika,tolong kira untuk manusia sejagat dan jangan lupa tinggalkan jawapan kau pada ruangan komen.)
Beza setiap syawal bagi aku adalah berapa ramai orang sekeliling dan keluarga yang benar-benar mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan serta mengeratkan lagi silaturrahim yang berjauhan.(Mungkin saluran televisyen bakal mengundang kau dan aku untuk terjelepok di hadapannya sekali lagi.Katakan tidak!!! pada Syawal kali ini.)
Seperti biasa bila tiba musim perayaan di Malaysia, oh tanah airku isu yang hangat atau hangit dah pasti berkenaan kurangnya bekalan makanan,kurangnya perkhidmatan bas,petugas-petugas khas,dan lain-lain.(Jangan risau,ada si dia yang menjaga dan mengawal untuk kau dan aku.Terima kasih banyak kepada si dia…jasamu ada balasannya,tidak di sini pasti di sana.)
Syawal lepas,isu kekurangan bekalan ayam menjadi isu yang agak panas.Aku fikir tahun ini sudah rentung dengan isu suntikan enzim babi untuk mempercepatkan tumbesarannya.(Ada rasionalnya kau sediakan budget dan melaksanakan transaksi untuk bekalan daging merah lebih awal,sebelum kehabisan atau bekalan tidak dapat di kesan.Itu pun kalau kau fikir,si dia tidak akan sesuka hati untuk bermain lambung-lambung.)









