Site Meter

Susun atur.

Jika anda sentiasa mengikuti perkembangan penggila.com sudah pasti anda mempunyai perasaan bahawa ‘blog ni tak tersusun langsung.’

Dari sudut mana sekalipun saya mengakui bahawa blog ini memang tidak tersusun dengan rapi.

Jangan di tanya kenapa?yang lebih tepat adalah bila?

Jawapan saya adalah sehingga saya benar-benar bersedia untuk berkemas ‘bukan untuk menutup dan berpindah’tetapi bila saya mempunyai lebih banyak post-post yang berkaitan dengan kegilaan dan kategori yang menarik.

Buat masa sekarang,rasanya tidaklah terlalu bersepah cuma pada ruangan kategori tidak terlalu meluas.

Lagi pun bukan semua orang ditakdirkan untuk menyusun dan mengatur.Ramai juga yang blognya tidak tersusun,bersepah,tunggang langgang,berterabur tetapi rajin serta membaiki diri akhirnya berjaya juga blognya.Cuma mengambil masa yang lebih sahajalah.

Bagi anda yang anti sepah-sepah ni,memang meluatlah dengan sesuatu yang bersepah.Ermm…bukan semua yang bersepah itu tidak baik.

Saya pernah menonton rancangan di televisyen yang menyatakan rumah yang mempunyai anak kecil yang bersepah adalah lumrah dan ada kebaikan bagi si kecil..Persekitaran si kecil yang bersepah dengan barang-barangnya menjadikan si kecil mempunyai daya ingatan yang kukuh.’Wallahualam,’

Sejauh mana kebenaran tersebut tiada kepastian.

Apa yang pasti di dunia ini?1+1 pun ada yang menyanggah jawapannya 2.

Jenama barangan sukan terkenal di serata dunia pun menggunakan motto ‘buat aje.’

This entry was posted on Monday, April 30th, 2007 at 3:33 pm and is filed under penggila. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

    Recommended

    Blog ini di-hostkan oleh NAMSAHAZ

  • November 2008
    M T W T F S S
    « Oct    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930

Sembang


Free shoutbox @ ShoutMix

One Response to “Susun atur.”

  1. ramzwatcher says:

    tu la. Sampai satu tahap sume blogger akan rasa kategori atau themes dia dah tak tersusun dan menyenangkan..

Leave a Reply