Site Meter

Terasing.

Aku pun pening macam mana nak inform somebody yang satu haram jadah dia tak boleh nak connect dengan aku.Kau bayangkan satu-satunya bahasa makhluk asing yang aku tahu adalah english.(Itu pun tersekat.)

Kalau dia pun tak tahu…kau ada barisan alternatif lain?Setakat ini memang aku blur sebab aku tak boleh nak cerita 1001 malam apa pun dengan dia.Pernah juga aku cuba suruh dia cakap sepatah-patah.Haram…

Fuhhh…Itu serba sedikit apa yang aku alami.Tidak dapat aku bayangkan bagaimana bangsa makhluk asing yang hadir di Malaysia ini berkomunikasi dengan seluruh bangsa yang ada di Malaysia ini.Jangan kira pelanconglah…

Jangan kau kecilkan apa yang aku cuba sampaikan ini.Kau bayangkan bangsa makhluk asing yang ada sekarang semakin memuncak.Bukan setakat siapa jaga siapa lagi yang perlu kau ambil berat…malah sosialiti juga perlu di ambil kira.

Bukan setakat HINDRAF sahaja yang berasa terasing di bumi Malaysia,sampai suatu masa nanti semua di kalangan kita pun akan terasing.

Aduh…sampaikan aku nak beli makanan di pasar malam pun ada sedikit perasaan cuak.Apa yang aku pasti,muka itu bukanlah terdiri dikalangan aku dan juga kamu.Bukan aku menolak mereka.Aku sedar yang mereka juga mempunyai perasaan bahkan mereka juga perlukan apa yang kau perlu.Tetapi mereka terlalu berani…atau kau yang lemah.

Hurm…tapi keberanian yang mereka bawa itu bisa melelahkan kerongkong aku dan juga kamu pada suatu masa nanti.Sedangkan yang kecil & muda di kalangan kau & aku mesti di sogok supaya menjadi seperti mereka.

Sekarang kita belum lagi terasing…mungkin suatu hari nanti.

This entry was posted on Tuesday, November 27th, 2007 at 10:46 am and is filed under penggila. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

    Recommended

    Blog ini di-hostkan oleh NAMSAHAZ

  • January 2009
    M T W T F S S
    « Dec    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  

Be the first to leave a comment.

Leave a Reply