Site Meter

Zombi kampung pisang…menggila di pawagam.

Untuk post hari ini,agak blank saya nak menulis.Mungkin di sebabkan faktor orang kerajaan bercuti,maka mood bercuti tu terpalit sekali.

Apa yang menarik sekitar minggu ini pada saya adalah berkenaan filem ‘zombi kampung pisang arahan Mamat khalid,’sebab kebanyakan rakan sekerja juga sudah menonton filem tersebut.

Maka,riuh rendah suasana pejabat dengan dialog daripada filem tersebut terutama dialog awie yang tak punya spm tapi ada wawasan tu.

Saya lebih terbuka dalam menonton filem melayu sekarang.Kalau hendak kritik pun rasanya filem terbaik yang dapat award pun masih ada yang kurang…

Yang nyata,filem tersebut telah memecahkan seluruh isi panggung dengan buraian gelak tawa para penonton.

Nampaknya sutradara Mamat khalid sudah dapat menguasai selera penonton di Malaysia.Betul…!!!bukan bangsa melayu sahaja yang menonton malah yang lain-lain turut sama.Terperanjat juga pada permulaan…mungkin tajuk zombie tu berjaya menarik perhatian mereka.

Ada yang perlu diberi perhatian pada sutradara ini walau pun karya beliau agak ringan atau lebih kurang serupa dengan Z lokman,tetapi itulah hasil rakyat Malaysia.

Beliau pun ada wawasan juga…

This entry was posted on Thursday, April 26th, 2007 at 1:42 pm and is filed under penggila. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

    Recommended

    Blog ini di-hostkan oleh NAMSAHAZ

  • November 2008
    M T W T F S S
    « Oct    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930

Sembang


Free shoutbox @ ShoutMix

Be the first to leave a comment.

Leave a Reply