Site Meter

Cuti di Malaysia.

Sewaktu aku menukar channel radio hari ini (waktu sedang memandu) terdengar juruhebah bertugas meminta maaf atas kesilapan dalam menyampaikan ucap selamatnya.’Sangkanya cuti pada hari ini adalah hari raya haji.’

Erm…kesilapan memang tidak dapat di elakkan.Tiada siapa mahu melakukan kesilapan.Semua mahu yang terbaik lebih-lebih lagi pelajar AF,’semuanya terbaik.’

Zaman ini memang zaman kuat berkerja sehingga ramai yang terlupa untuk berehat termasuk pada hari bercuti.Lihat sahaja syarikat yang ada berlumba-lumba menawarkan perkhidmatan yang ‘terlampau’,baik yang berjaminan atau pun tidak.Perkhidmatan pelanggan sahaja sudah melebihi tahap melaksanakan titah Sultan.Bayangkan…untuk bercuti pun perlu di ingatkan.Zaman persekolahan dahulu belum cuti lagi sudah ternanti-nanti.

Lalu aku cuba mencari jawapan sambil berfikir ‘tiada seorang manusiakah di Malaysia ini yang sanggup memberi maklumat secara percuma di internet?’ & ada juga manusia seperti juruhebah itu yang tidak ambil peduli akan hal negara? atau terlepas pandang?

Aku fikir jawapan ketiga adalah yang terbaik.Siapa juruhebah tersebut dan menghukum bukan persoalan.Persoalan di sebaliknya adalah lebih besar.Peratusan penggila kerja di Malaysia belum ada kajian.Masalah sampingan daripada penggila kerja ini lebih besar.Gila kerja,banyak perkara terabai dan tidak terkawal,contohnya anak,isteri,ibu bapa,kesihatan,teman lelaki/wanita,tunang dan sebagainya.

Kempen cuti-cuti Malaysia adalah salah satu jawapannya.

Baiklah,untuk merancang cuti kau pada tahun ini aku sertakan maklumat yang aku jumpa dan aku senaraikan mengikut bulan dan linkkan terus web sebenar.Sekiranya kau berkehendakkan maklumat yang lebih,sila ke sana.

Selamat menikmati percutian yang terindah dan bolehlah anda merancang untuk apa jua acara anda bersama keluarga dan membahagikan masa untuk mereka yang tersayang.

Bulan Januari.

1 hb-Cuti tahun baru.

10 hb-Cuti Awal muharram.

Bulan Februari.

7 & 8 hb-Cuti tahun baru Cina.

Bulan Mac.

20 hb-Cuti Maulidur rasul.

Bulan Mei.

1 hb-Cuti hari buruh.

19 hb-Cuti hari wesak.

Bulan Jun.

7 hb-Cuti hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Bulan Ogos.

31 hb-Cuti hari kemerdekaan.

Bulan Oktober.

1 & 2hb-Cuti hari Raya Puasa.

27 hb-Cuti hari Deepavali.

Bulan Disember.

8 & 9hb-Cuti hari Raya Qurban 1429 Hijrah.(9hb - Kelantan & Terengganu sahaja.)

25hb-Cuti hari krismas.

29hb-Cuti Awal Muharram (Maal Hijrah) 1430 Hijrah.

Secara berterus terang,aku langsung tidak pernah mengambil tahu berkenaan hari wesak di Malaysia.Tiba waktunya cuti sahajalah.Sebelum ini,aku hanya mengetahui kaum India sahaja meraikannya.Rupanya tanggapan aku silap.Sebab itu aku tidak berapa hendak menyalahkan juruhebah tersebut.

‘Oh!Malaysia…negara pelangi di dunia.’

This entry was posted on Thursday, January 10th, 2008 at 6:27 pm and is filed under Laman web rujukan., Penjagaan dan kawalan.. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

    Recommended

    Blog ini di-hostkan oleh NAMSAHAZ

  • January 2009
    M T W T F S S
    « Dec    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  

2 Responses to “Cuti di Malaysia.”

  1. Azhar Ahmad says:

    Sekurang-kurangnya dia mahu minta maaf. Kalau senyap sahaja… bagaiaman tu?

    Salam kenal dari Teratak Nurani…

  2. alongovtx says:

    Kalau senyap…tak berbunyi lah radio tu…hehe…salam perkenalan jugak…!!!

Leave a Reply