Parlimen bubar,masa untuk memilih.
Lama aku tidak update blog penggila ni,rindu nak menekan butang-butang.Hari cuti pun curi-curi masa.Kadang-kadang ada juga aku curi-curi masa menulis di pejabat,betapa memikirkan keberkatan,aku tutup skrin dan meneruskan tugas yang dipertanggungjawabkan.
Post ni pun sudah dua tiga hari lepas aku tekan,tetapi dua tiga baris ajalah…aku sambung hari ni dan aku malas nak edit.Kau orang faham-faham sendiri dan jangan blur ya…!!!
Selamat membaca…
Parlimen sudah pun dibubarkan semalam.Aku agak lewat untuk bercerita.Rata-rata blog yang aku singgah,sudah pun memanaskan blog masing-masing untuk ulasan lanjut.Aku juga suka cerita politik.Kalau tidak,masakan aku sanggup meredah bukit di belakang rumah bekas orang nombor 2 di Malaysia dahulu walau hanya untuk mendengar cerita secara langsung.Tidak kurang juga rakan-rakan aku yang pada permulaan hanya sekadar untuk melihat si dara sunti yang akhirnya turut sama mendengar cerita.Lupakan kisah lalu…jadikan tauladan.
Ya!masa untuk meraih undi sudah pun tiba.Strategi saat akhir sudah boleh digunakan dan hasilnya terserah kepada yang maha esa untuk menentukan.Cerita pun berkenaan menang & kalah.
Perang merebut kuasa akan bermula.Segenap lapisan masyarakat Malaysia tidak henti memperkatakannya baik di pejabat,kedai kopi,pasaraya,cafe,cyber cafe,bengkel-bengkel ah! serata ceruk lah senang.
Ya!aku & kau tidak dapat lari daripada melakukan pilihan dalam hidup.Sejak bila kau ingat kau mula memilih?Semasa bayi pun dah mula memilih.
Daripada kecil sampai ke tua.Membuat pilihan memerlukan analisis yang shopping kompleks.Ada yang suka dan ada yang tidak.Ada yang sekejap suka dan sekejap tidak.(istilah mudah atas pagar) & ada yang langsung tidak tahu & mahu memilih.Sedih aku kalau jumpa orang yang tak mahu memilih ni…ikut jangan tak ikut,ikutkan sahaja!
Disebabkan pilihan terlalu banyak sekarang,aku rasa lebih menyukarkan diri aku dan kau untuk melakukan pemilihan.Emmh…memilih sesuatu yang dapat menyokong dan membantu kehidupan untuk masa hadapan.Pokoknya,apa yang dipilih mestilah mendatangkan rasa bagus,seronok & best! dalam diri.
Subjektif…rasa bagus,seronok & best pada kau dan aku tidak sama.
Pilih apa yang kau perlukan!dan aku juga akan memilih apa yang aku perlukan!
Simpan janji-janji mereka & tuntut sehingga ke liang lahat!.
Wah!begitu punya kejam…yup!










