Site Meter

Penjagaan dan kawalan.

Belum benar-benar sembuh lagi demam saya,kepala pun berat rasanya.Setiap langkah yang di atur terasa melayang-layang.Setiap kali nak menaip di penggila.com semakin perit.Sudah hampir 3 minggu lebih asyik jalan-jalan cari makan ke blog lain.

Sunyi penggila.com ni kalau dibiar lama tak berjaga.Ya lah…apa jua di muka bumi ini perlukan penjagaan dan kawalan,sekiranya tidak di jaga dan di kawal, kebarangkalian untuk mendapat hasil yang negatif memang tinggi.

Siapa mahukan sesuatu yang negatif?

Siapa yang mahu mengaku…

Baiklah sebab terlalu lama menyepi agak sukar untuk saya membiasakan diri dengan situasi berhadapan dengan blog.Siapa yang menyertai cabaran Rajablog tempohari pasti mengetahuinya.

“Kenapa pula,orang lain tak tahu ke?”

Ya,sesiapa sahaja yang mempunyai blog,hatta yang percuma sekali pun, dan sudah semestinya mereka yang sudah bertahun-tahun bergelumang dengan blog pasti merasai cabarannya setiap hari.

Berbalik kepada tajuk post pada kali ini,penjagaan dan kawalan adalah dua perkara penting bagi memastikan setiap perkara berada pada landasan yang tepat.

Antara contoh mudah,demam berpanjangan yang saya alami mungkin bertitik tolak daripada rutin harian saya yang berubah secara mendadak akibat tidak menjaga dan mengawal makan,minum,rehat serta tidur secara teratur.

Begitu juga perkara-perkara lain seperti blog penggila.com ini,akhlak,pemikiran,kereta,rumah,alam sekitar,anak,isteri,pekerjaan,iman dan segala-galanya termasuk dunia ini perlukan penjagaan dan kawalan.

Erm…post mengenai penjagaan dan kawalan ini terbit daripada isu hangat pada pertengahan bulan lepas berkenaan isu laman web skim cepat kaya di pantau.Antara yang kena tempiasnya adalah wangcyber dan bicarajutawan.Saya aktif mengikuti perkembangan kedua-dua forum ini walau pun tidak aktif untuk menyertai perbincangan dan rasa agak terkejut!”dah lah demam masa tu,bertambah parah lah jawabnya.”

Saya menyokong segala usaha yang di lakukan oleh pihak berkuasa untuk memastikan skim cepat kaya dihapuskan,cuma penjagaan dan kawalan perlu lebih di pertingkatkan.

This entry was posted on Tuesday, June 5th, 2007 at 9:18 pm and is filed under Penjagaan dan kawalan.. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

    Recommended

    Blog ini di-hostkan oleh NAMSAHAZ

  • January 2009
    M T W T F S S
    « Dec    
     1234
    567891011
    12131415161718
    19202122232425
    262728293031  

Be the first to leave a comment.

Leave a Reply