Posts Tagged ‘cuti’

Bercuti ke Phuket.-Pagi yang gelap.

Wednesday, July 23rd, 2008

Pagi-pagi lagi dah keluar cerita misteri nusantara.Apa yang misteri?Kisahnya…aku tersedar dan aku perasan dalam samar-samar Saleh (rakan sepejabat aku ) tengah buka kotak rokok,lepas bakar dia pun mengepam di kerusi hujung katil aku.Namun aku masih belum boleh membuka mata sepenuhnya.Sebabnya aku dah perasan yang kedudukan aku berlainan daripada biasa.Apa hal pula tidur sambil lipat kaki macam orang bersila sambil tangan aku menggenggam antara satu sama lain!Tak pernah pulak aku alami situasi macam ni.

Aku gagahkan juga buka mata,sambil buka genggaman tangan.Ada syiling Thai!!!???Bila masa aku ada syiling?Sambil termangu,aku ditegur Saleh.”Eh!apa yang kau tengok?”

“Ada syiling dalam tangan aku..!aku tak ada syiling.Kalau ada pun apahal sampai bawa ke katil!”Suspen…

Lepas jugak la bertaki dengan Saleh 2,3 minit…ke sudah Saleh suruh simpan.Aku pun malas nak fikir lagi,simpankan aje.Bat (rakan sepejabat aku juga),sedap tidur kat sebelah aku.Nak sambung tidur pun ada, tapi bila aku tengok jam,kira dah lewat dah kita orang ni.Woi!!! cargas…

Mandi ala kadar,kita orang terus turun lobi.Semua dah ada kat bawah,dengan boss-boss sekali.”Mampuih! den,nasib baik Awi ngan Ning tak sampai lagi.Nak sarapan pun tak sempat.Ni karang apa yang halal ada depan mata aku rembatkan je.”

Tak lama lepas tu Awi dengan Ning sampai.Naik bas,duduk je tunang aku hulur roti… hehe…untung ada tunang.Kalau dah jadi isteri lagi untung.Selamat perut aku dengan saleh & Bat sampai tengahari nanti.Roti pun rotilah.

Serba sikit penerangan,kita orang pun sampai di kilang membuat perhiasan wanita.Tengok wayang pasal kilang tu pot pet dua tiga patah terus kita orang di bawa ke tempat pekerja dia orang menempa.Oh…macam ni rupanya menempa barang kemas.Dua tiga soalan aku ajukan,haram ada yang menjawab sebab semua pekerja di department tu tak ada yang boleh speaking.Tak pelah tengok pun dah cukup.

Aku pusing-pusing dalam kawasan kilang tu tak lama,biarlah wanita yang kerjakan..err maksud aku biar dia orang belek puas-puas.Tak dapat beli,dapat tengok pun jadilah kan!”boleh jadi ke?.”

Lepas tu kita orang di bawa ke tempat jualan makanan ringan.Macam-macam ada.Kerepek itu ini sampai ke biskut.Apahal biskut yang ni lain macam…hoh!ulat.Ulat pun jadi makanan ringan?Dah dia orang nak makan,apa kita nak buat!.

Sama,kita orang meninggalkan premis itu dengan hati yang kurang memberangsangkan.Setakat kerepek pisang,baik aku ke Sabak bernam.Oh!Chow kit pun banyak.

Destinasi seterusnya ke pulau James bond.Cerita paling menarik di sini bagi aku tak lain tak bukan mengenai “meniaga paksa macam ni memang senang.”Apa benda ni?Ok,mula-mula sampai jeti kita orang sibuk lah nak naik bot,ada seorang perempuan tua ni pula sibuk snap gambar kita orang.Mula-mula tak syak apa-apa,masa balik baru tau yang gambar kita orang tadi telah pun di framekan menjadi cenderahati.Nak tak nak bayarkan aje.Aku respek cara dia cari duit dan buat duit.Erm…ada ke tempat pelancongan di negara kita yang boleh buat macam tu.Masyuk gak…

Sebelum ke Pulau James bond,kita orang singgah makan di perkampungan orang laut.Yang aku nampak,restoren je sebab dah tak nampak macam kampung.Komersial lah katakan.Jauh jugalah sebab perjalanan tu mangambil masa lebih kurang 20 minit atau mungkin pemandu bot bawa slow sebab nak bagi kita orang layan panorama yang jarang-jarang dapat di lihat.cun seh…!!!

Habis makan tengahari kita orang sambung perjalanan.Ni dah tak lama lebih kurang 10 minit je.Ramai pelancong kat pulau James bond tu.Tapi tak lah sampai berasak.Layan kat situ tak lama,kita orang kena balik.Ini dah kira paksaan…aku macam tak nak balik je sebab aku orang terakhir naik bot.

Dalam perjalanan balik singgah kilang Cashewnut.Baru aku tau yang proses untuk dapatkan biji tu teramat lah payah sekali.Kalau Jackie chan boleh pecahkan buah apekebenda aku tak tau dalam filem drunken master tu…jangan harap boleh pecahkan buah gajus ni.Pakai mesin bro!

Terus balik hotel,sampai hotel pula kita orang kena tukar bilik.Ada kes paip bocor khabarnya.Tak kiralah… janji ada tempat nak tidur.Sekali dapat suit mewah.Rezeki jangan ditolak.

Sebelum membuta aku dah janji dengan tunang aku nak bawa dia ke pesisiran pantai,ambil angin…Penat menapak membuatkan feel aku kurang dengan mendadak sekali.Sambar buah tangan seketul dua,aku dah fikir nak balik hotel.Budak-budak pejabat aku pun semua buat aktiviti sendiri & aku pun malas nak layan.Ingatkan lepas layan pantai nak ajak Bat se table dua.

Mata saya pedas,saya perlukan bantal…zzzzzzzzzzz

Bercuti ke phuket.

Sunday, June 22nd, 2008

Percutian bukan suatu perkara yang berlegar di pemikiran setiap lapisan masyarakat.Lebih-lebih lagi dengan kenaikan harga bahan api semakin jauh percutian daripada pemikiran.Baik dalam mahu pun luar,sama sahaja masalahnya,kos yang semakin meningkat!

Aku tidak pernah terfikir untuk ke sana.Boss nak bawa,aku tak tolak.

"3 hari dua malam aku ke Phuket.Wah! begitu punya lama nak sampai ke Phuket."Gila apa!Sebenarnya tidak sampai pun 2 jam untuk ke sana.

Buat apa aku Phuket dan adakah aku membuat atau melakukan sesuatu diluar batasan sebagai muslim & manusia bujang yang dahaga berserta kehausan ghullazi.?

Wo!aku ke sana bersama bersama rombongan cik kiah rakan sekerja yang ditaja sepenuhnya oleh boss aku,tidak lupa bersama tunang tercinta.Opss…tunang aku juga merupakan rakan sekerja aku.

Walau pun dalam keadaan minyak naik harga dan segala jenis bendalah ni,boss aku sanggup juga nak bawa aku dan rakan-rakan yang agak season berkhidmat di pejabat itu untuk pergi bercuti.Biasalah,dah season…kena lah jaga ya tak!sudah masuk kategori bernilai tinggi tu…"ingat baby ke nak jaga-jaga,aku dah tua lah."Apa pun,terima kasih boss.Lain kali bawa kita orang jauh sikit lagi ye.

Phuket yang aku tau sebelum aku sampai di sana lebih banyak negatif daripada positif.Senang cerita tempat yang kurang baik daripada segi kegiatan,keimanan,kegatalan,kemaluan,keseronokan,dan bermacam-macam ke…an lagi.Umum di Malaysia melabelkannya begitu kerana itulah yang selalu didengari oleh telinga aku.

Itu juga menandakan cerita atau perkara negatif sering berada di tangga teratas dalam "carta borak-borak/sembang-sembang/perbualan manusia."Negatif thinking lah kata orang putih…

Aku tidak terlibat langsung dalam menguruskan percutian ke phuket ini,tetapi aku boleh agak flow dia secara seks rambang kerana pihak syarikat menggunakan khidmat agensi pelancongan.Jadi segala urusan menjadi lebih mudah untuk rakan sekerja aku yang dipertanggungjawab untuk menguruskan percutian ke Phuket ini.

Persoalan berkenaan persediaan aktiviti/aturcara,makanan,minuman & penginapan segalanya ditanggung beres oleh pihak agensi pelancongan.Bayar dan syarikat dapatkan perkhidmatan yang dijanjikan oleh agensi tersebut sepenuhnya.

Entri ini akan di sambung dilain waktu.

Semenjak harga minyak meningkat 40 peratus,kerja bertambah 50 peratus.Al maklum,pembekal sudah mula bermain harga.

Sudah 80 kali (nak tunjuk kerja lebih la ni) aku tanyakan apahal harga barang naik?itu minyak sudah naik harga katanya.

kau punya mesin pakai petrol dengan diesel ke?tanya aku semula.

Tak,sekarang semua kos sudah naik.

Kau nak naik harga penghantaran boleh,barang kena tunggu aku bincang dengan boss!

Pening lagi lah boss aku…

Related Posts with Thumbnails