Semalam aku menelefon ke pejabat mereka untuk mendapat maklum balas atas pesanan tempoh hari.Ini sebahagian daripada rutin aku.Tidak menjadi masalah besar…
Seperti biasa aku memberi hormat,memperkenalkan diri & menyatakan hasrat hati…tetapi;
"Alah abang Man kau jangan mengada-ngadalah!…babi panggang nak?"
Wow!!!,aku tidak memesan itu dan aku juga bukan abang Man. Aku tidak mahu meneruskan kerana kalau aku layan makin menjadi-jadi.Aku tidak perlu berbicara dengan dia kerana pejabat bukan tempat bermain-main dan bukan itu yang ditawarkan mereka.
Teringat pesan boss lama aku. "Ada masa kita boleh bermain-main & ada masanya tidak…banyak mainlah kau ni."