Posts Tagged ‘norhafiz.’

Bola sepak…bukan sekadar sepak.

Tuesday, October 28th, 2008

“Gua dah lewat ni banyak benda nak buat,…lain kali lah kita jumpa!.Tapi gua mesti nak jumpa lu juga,gua nak bagi kad.”…

“Benda tak jadi selalu…tahun lepas boleh,moh lah turun…patriotiklah sikit!”

Memandangkan gua memang ada hajat nak ditunaikan terpaksa gua bergegas juga ke Stadium.Dalam minggu terakhir gua nak jadi suami orang ni rasa nak bersosial tu kurang sangat.Tahu sahajalah,banyak perkara yang perlu diuruskan.Gua turun juga stadium malam hari tu dengan perasaan yang kurang memberangsangkan.

Lewat,member gua lagi lewat…gua layankan juga.

Banyak percubaan Malaysia yang dapat dipatahkan Vietnam.Gua dah ada rasa nak maki.

Umum-Kebanyakan penonton ke stadium akan memaki bukan menyokong lebih-lebih lagi apabila pasukan favourite tak boleh pergi.Yang bawa anak kecil memang tak boleh nak mengelak.

Gua dengan kawan-kawan sudah tidak mempunyai rasa.

Hamunkan sahaja!

Sikit-sikit injured..game stop!

Apakejadahnya!!Bukan american football…

Oh!memang psikologinya untuk ke penalti & keeper mereka juga sudah bersedia dengan kiraan matematik yang bakal memecahkan persoalan.

Norhafiz kalah dengan psikologi matematik!

Related Posts with Thumbnails