Posts Tagged ‘wimax’

nombor rujukan.

Wednesday, December 2nd, 2009

Salam…
Selamat hari raya aidiladha yang sudah terlajak dikala aku menulis.Aku salahkan dia ni menjadi sebab aku tidak aktif di internet.

Iklan potong mereka pula sudah dibalas dengan jawapan sinis oleh pesaing.

“Harap iklan jelah!,dua-dua pun sama…”
(more…)

P1 w1max | wimax | wiggy - Pengalaman aku sebagai pengguna.

Wednesday, September 9th, 2009

“Ini modem free bang!Bayar wang pendaftaran RM 100.00 sahaja,1 jam account sudah activate,you sudah boleh surf itu internet!”kata promoter wimax itu.

“Betul 100?,Ada hidden charges?”balas aku mahukan kepastian.

“tak ada.”jawabnya.

Aku agak teruja dengan bayaran awal yang rendah itu.Bayaran itu pula masih pada kadar mampu milik bagi pengguna internet tegar seperti aku.Lagi pula,aku sudah mahu berpindah.Kalau dahulu aku tidak ambil kisah,sekarang ianya sudah menjadi satu keperluan.

“Bolehlah…!”bisik hati aku.

Semasa mengisi borang baru aku perasan,bayaran pengaktifan sebanyak RM 60.00 akan dikenakan pada bill pertama termasuk bayaran bermulanya penggunaan dan bayaran bulanan.

Sudah menjadi kebiasaan bagi promoter yang hanya mengejar komisyen untuk merahsiakan sesuatu maklumat yang boleh mengurangkan peratusan pembelian.Komisyen itu terlalu manis dibandingkan dengan sumpah seranah hingga ke anak cucu.

“Kawan,tadi you kata no hidden charges!Ini apa?.”

“Tak adalah bang,itu standard charge punya!First bill you bayar ma!bukan sekarang…ggg”

Aku mula mencongak.Disebabkan aku memilih pelan wiggy 69,bayaran bulanannya adalah RM 69.00 + RM 60.00 = RM 129.00 tidak termasuk penggunaan awal yang tidak cukup bulan.Lebih kurang RM 150.00 ++.

Malas aku nak memanjangkan cerita, selepas mengisi borang aku hulur RM 100 lalu modem wiggy pun berpindah tangan.

Sampai di rumah sudah lebih daripada 1 jam.Aku sudah tidak sabar mahu merasai manis pengalaman melayari malam pertama internet bersama wiggy.

Tiada signal…
2 hingga 3 jam aku terus mencuba tetapi hampa.

Dengan kontrak 2 tahun adakah wimax | w1max | wiggy mampu memberi kepuasan kepada aku?

Setakat ini aku sentiasa basah sebab kipas tak repair lagi…ummph…

P/S
- Pastikan semakan coverage dibuat sebelum menggunakan perkhidmatan mereka.

Related Posts with Thumbnails