kerja hari ini.

Suka saya hendak menceritakan kisah kerja sebab terjadi beberapa kes yang mana membuka mata saya mengenai dunia pekerjaan hari ini.

1.Budak keluar masuk kerja sekarang ni semakin ramai daripada setahun ke setahun.(Dua tiga tahun lepas tak begitu ramai.)

2.Budak baru masuk sekarang semakin demand.(yup! belajar tetinggi gaji kecil tak berbaloi katanya.)

3.Buat kerja lebih sikit yang tidak bersangkutan memang tak boleh.(Apa ada kes gua kena bikin ini kerja.)

4.Ini macam punya kerja baik tak payah kerja.(Ini tahap boss punya mentaliti lah ni.)

5.Apa ada kes gua kena bawa anak boss pastu dia duduk belakang.Ingat gua driver apa?(Rakan saya officer bank pun boleh bawa teksi semata-mata untuk part time.)

6.Bro,macam mana lu boleh tahan bikin ini kerja 7 tahun sampai sekarang?(Lu bagi gua bikin apa pun sekarang ini gua cuba bikin sebab bukan semua benda gua tau,tak tau gua belajarlah.)

7.Ada masa depan ke kerja ini macam bro?(kot ye pun minat filem back to the future,jangan tanya gua pasal masa depan lu,sebab masa depan lu ,lu tentukan sendiri.)
8.Boleh kaya ke kerja macam ini.(ah!gua baru baca buku orang kaya babylon pasal benda ni)

-1/10 duit gaji lu simpan.

-2/10 duit gaji lu untuk bayar hutang.

-7/10 duit gaji lu guna untuk kehidupan.

Ntah boleh pakai lagi atau tidak saranan tu sekarang ni memang tak pasti.yang pasti 1/10 gaji tu memang pasti.

Banyak lagi sebab musabab budak-budak sekarang ni keluar masuk kerja kat tempat saya bekerja sekarang ni.Tempat anda pun macam tu juga lah gamaknya kot!

Related Posts with Thumbnails

5 Responses to “kerja hari ini.”

  1. abdfatah says:

    1/10 lagi untuk kebajikan. macam mana nak kaya kalo bantuan kpd mereka yang memerlukan tidak dihulurkan. jangan sekadar berfikir untuk diri sendiri je sempena bulan puasa yang bakal tiba. tak gitu?

    nak kaya kena kerja dengan bersungguh-sungguh sebelum memulakan kerjaya milik sendiri… yer tak?

  2. alongovtx says:

    setuju sangatla….aaa

  3. Jeremy Loco says:

    nak kaya boleh ini inti ramuannya ..
    1- tidur lebih kurang 3-4 jam satu hari.
    2- waktu makan adalah 1 jam selalunya , jadikan 30 minit sahaja .
    3- mulakan perniagaan sendiri walaupun bunyinya agak mengarut.
    4- belajar belajar untuk rugi dalam berniaga cth kes payment 9 bulan lepas tak masuk-masuk.
    5- Jangan kenal erti penat dan anggap makian kritikan itu sebagai nikmat (petikan kata2 seorang rakan) ..

    mungkinlah kot boleh dapat gak nanti .

  4. alongovtx says:

    setuju juga dengan semua ramuan kat atas tu,kalo tak cukup tambah lagi 20..super sapian.macam ku kenal petikan no 5 tu tapi di mana ya…

  5. abdfatah says:

    hmmm.. siapakah yang kena maki kritikan terkejam atas dunia itu???

    sabor aje laaa dengan cbaran dunia nih…

Leave a Reply