Logo…percuma sahaja.
Saya cuba mencari web-web yang berkaitan dengan logo untuk projek akan datang.Kebiasaannya yang menjadi pesaing terdekat adalah web yang memberi info atau perkhidmatan percuma.
Percuma,siapa yang tidak mahu?
Seringkas yang boleh,web percuma biasanya memberi sesuatu yang terhad.Seperti web berkaitan logo ini.Kebaikannya adalah,anda mampu menghasilkan logo anda sendiri dalam masa yang singkat.Tidak perlu pengetahuan berkaitan software dan tools yang lain.Keburukannya,mungkin logo yang anda gunakan telah pun di gunakan oleh beratus malah beribu pengguna yang lain dan pengetahuan anda dalam membina logo menjadi terhad.
Apa pilihan anda?
Sanggupkah anda hilang kredibiliti hanya di sebabkan sebuah logo?
Tepuk dada tanya selera.
P/S-Saya dalam proses mengemas kini logo penggila di atas untuk lebih nampak seperti logo.Sebab itulah saya mencari sumber rujukan.hehhehehe….









